Mm, cerita pasal harini, sumpah bad mood gilaa. Nak senyum pun, macam takmau jaa. Fikiran aku buntu sekarang. Macam macam problem dapat. Memang aku tak macam yang Eyka selalu uh dekat sekolah. Mm. Pagi tadi, dekat tapak perhimpunan, haa kena beratuq ikut uniform masing masinng. Minggu ni dah ramai pakai uniform. Termasuk H. Comel je tengok dia pakai uniform. Tapi, nak teguq pun, rasa macam lain je. Mm, kadet polis. Panjang berjelaa time beratuq tadi. Eyna pulak tak mai sekolah harini. Dia dapat MC. Boring weh hang takdak :( Dah kena duk sorang. Aku pun naik kelas lepas tuu, bilang kehadiran apa semuaa. Then, time BM. Okay je, tak dak cerita yang menarik. Time Sastera pulakk, Cikgu Misah just bagi kami latihan. Semementara duk buat tuu, aku pun message lah Eyna sat. Dalam message pun kami jadi keja. Cari topic nak bergelak. :D Kalau hang baca ni Eynaa, nak habaq kat hanggg, aku banyak story mau cerita. Tak boleh nak luah dekat hang la tadi, aku simpan je dalam hati :( Then, rehat. Aku pun p jumpa cikgu Suhaida, ada lagi satu kerja. Mm, duk sat, cikgu Salina mai tanya Cikgu Suhaida
C Salina : Eh Kelas 5 Wira ada nama ayah dia Azalan dak
C Suhaida : Haa, ada adaaa awat ?
C Salina : Ayah dia meninggal haaa
C Suhaida : Laa betui kaa,
C Salina : Ni nak buat annoucement ka apa, kesian kat dia pulakk, dia duk tengah makan kot
C Suhaida : Haa Zalikha tadi Amin ada dekat kelas dak ?
Me : Ada, la dia tengah makan la kot. Ayah dia meninggal eh cikgu ?
C Suhaida : Hmm a'ah, macam macam kena dengan anak anak murid kelas saya ni
Aku pun sembang sembang sat dengan cikgu, keluaq p dengan gang Laila, lepastu depa pulak duk ajak p ronda ronda dekat depan pejabat haa, nak tengok Amin punya pasal. Hahaa, then time duk jalan tuu, terserempak dengan Izzah. Dari jauh dua dua orang pakat duk senyum dah. Hahaa. mood tak elok jadi elok sat tadi :D Then, terserempak dengan gang Rusdi, Fathullah apa semua. Aku pun bagitau lah depa kata ayah Amin meninggal. Depa pun terkejut jugak, termasuk Udi haa, duk sat, ada kawan gang gang depa laa, panggil Udi p pejabat. Aku pun heran jugak. Buat dont know jelaa. Then, loceng pun dah bunyi, aku pun masuk bilik guru lagi, nak p bagi duit yang Ustazah Sakinah suruh kutip tu haa,
Me : Ustazah, ni duit untuk harini
Ustazah : Haa, baik, eh tadi tu yang depa kataa, ayah yang meninggal tu Azalan kan
Me : Yeaa
Ustazah : Haa, depa kata bukan Amin pulak dah.
Me : Eh lepastu ?
Ustazah : Tu yang duduk depan sekali tu nama apa
Me : Haa Rusdi ?
Ustazah : Haaa, dia lahh,
Me : Ayah Rusdi nama Roslan, yang Azalan tu ayah Amin
Ustazah : Haa tulah, depa tersilap la tu, depa p kata Azalan,
Me : Laa pulakdahh,
Ustazah : Tu laa, sekarang masa Ustazah kan ? Jom kita naik. Esok kita buat kutipan untuk Rusdi
Me :Yea yeaa
"Innalillah, Takziah untuk keluarga Udi." Aku pun p naik kelas, aku pun bagitau lah dekat Laila apa semua yang ayah Rusdi yang meninggal. Kesian dekat Udi haa, time aku bagitau dekat gang gang tu tadi, kata ayah Amin yang meninggal. Dah la time tu Udi ada pulakk, aku pun taktau. Dah lah time Sastera tadi, Cikgu Misah duk cakap pasal anak yatim. Tengok tengok, jadi macam ni pulak. Ustazah pun masuk kelas haa, cakap cakap pasal Rusdi apa semuaa tuu, then dia nak check yang latihan kelmarin dia bagi tuu, dia pun panggil la nama yang dia bekenan suruh baca jawapann, duk duk sattt,
Ustazah : Haaa, Zalikhaa, numb 7. Apadia jawapan dia
Aku pun baca lahh semua tuu, nasib jawapan aku betui. Haih, macam macam. Lepas tu, BI pulakk, hmm, kena buat literature tu lagi lahh.Aku harini tak cakap banyakk, taktau kenapaa. Something wrong with me. Duk duk satt, 'bzz bzz bzzz', oi meja vibrate oi. Hahaa, aku cepat cepat ambik phone aku letak atas riba. Nasib teacher tak dengaq. Hihi, tengok tengok numb mana taktau call. Takkan aku nak jawab buat taktau je kot :D Aku pun message Eyna sat, gitau pasal ayah Udi tuu, thenn, time teacher nak keluaq pulakkk
Teacher Farah : Ha Zalikha, esok kamu kutip buku literature. Sapa yang tak hanataq, bagitau saya
Me : *Terkejut sat. Sebab time tu duk message Eyna, hahaa * Huh, okay okayyy teacher
Haih, kena sabaq banyak laah, takkan aku nak tunjuk penat aku kot. Okay lepas teacher keluaq, aku pun turun p masuk bilik guru, jumpa Ustazah Rozita pulak dah. P bagi senarai nama rumah sukan yang dia suruh buat tuu, sembang sembang sat dengan diaaa, Teacher Faridah pulak panggil aku,
Teacher Faridah : Zalikha, kamu tolong bagitau kelas satgi, kelas takdak eh. Cikgu ada mesyuarat.
Me : Ohyeke, okay okay *dalam hati ni duk Alhamdulillah :D
Aku pun naik la kelas balik, bagitau depaa semua, pakat duk syok semua kelas takdak. Termasuk aku haha :D Aku pun terus kemas kemas bag, p hantaq buku ponteng terus balik. Mm, satgi ada perjumpaan Kadet Polis pulak. Homework pun tak buat lagi, malam ni lah. Nak kata letih tuu, boleh lah jugakk. Now dah pukul 2.56pm, nak iron baju sukan dulu. So bye, :-\