Sunday eh ?

Ohyeah, dia la Sunday. Mm, hello mello. Eh silapp, Assalamualaikummm, heh :) Harap harap orang yang baca ni sihat la no. Yang tak baca tu harap harap tak sihat. Haih, jahat betul. Sekadar melawakkk, ;) Balik dari sekolah, at 1.30pm. Keluaq keluaq kelas, lalu dekat bulatan kaduk, terserempak dengan Haney. Hihi, sembang keciput sikit dengan dia. :D Then, tunggu dengan Eyna tepi longkang sat lepastu keluaq. Keluaq keluaq my lovely grandpa, dah tunggu. Heh :) Balik balik sekolah, letak bag apa semua, susun jadual, ketepikan buku yang ada homework, rest kejap then pegi mandi. Lepas mandi buat homework, Alhamdulillah dah siap semua. Malam ni just relax. Perut ni tak rasa lapaq pun so biaq p la no. Mai nak update blog sat. Dekat sekolah, mm okay la jugak. Not bad. Nak kata letih tuu, haa boleh la tahan. Tak pengsan lagi kira okay la tu. Tapi sakit perut haa, nak kata mengidam, haih dak haihh. Senggugut masalahnya. Pagi tadi, lewat jugak p sekolah nak dekat pukul 7.30am sebab mama siap lambat. -.-' Tired of waiting. Eceh. Sampai sampai sekolah, Eyna apa semua duk tunggu. Bestfriend katakan. Pagi tadi, assembly takdak so ada mesyuarat akademik. Aku dengan Eyna, terpaksa lah masuk BM atau Sastera jugak. Yang lain macam tak best ja. Lagipun kelas aku kelas Sastera, so memang wajib pun en. Masuk Persatuan tuu, macam !#%!#$ lagi pun. Boringg, dah kena berdiri 15min. Lepastu kena duduk dekat bawah lantai pulak tu. Haih, boring kott. Duk dengaq Cikgu Alias cakap bukan main banyak titik. -.-' Yang cikgu cikgu perempuan pulak, Cikgu Misah and Cikgu Hasnah tau duduk, menyembang, menguap, termenung. Yang Cikgu Salina pulakk, ha tak payah duk kata pa yang tu. Tau duduk jugak, muka chom nak mampuih. Muka macam limau tak masak lagi pun ada, sambil duk makan chewing gum 'copcapcopcap'. Kalau kita makan kata tak beradab. Yang dia duk 'copcapcopcap' depan kita takpa pulak. Lepastu tau kira marah ja tu. Kami pun duk dengaq laa Cikgu Alias duk sembang muhung. At last, habis jugak. Aku, Eyna, Laila, Eyda and Ku paling lewat masuk. Nasib tak kena marah dengan Cikgu Zakaria. Baru ja duduk, Cikgu Zakaria pulak cakap, "Kalau kita matiii," Ha tudia. Aku terkejut sat. Baru masuk kelas, duduk takdan satu saat, takdan nak bernyawa terus cakap pasal mati. Fiuhh, nasib aku tak mati tang tu. Dia pulak suruh buat Folio Sivik. Ahad ni pulak tu nak kutip. Tak boleh awal lagi kaaa ? Haih. Lepas Sivik, BI pulak. Macam macam boleh cita ni harini. Time teacher Farah, tengok tengok pengetua mai naik atas kelas lalu sebelah kelas p duduk dekat belakang. Time lalu tepi tuuuu,


Eyna : Huih lawa pulak dia
Me : Nampak berseri *Sambil bisik bisik


Betui jugak, nampak dia lagi putih ada jugak. Tapi tak tinggi tinggi pun. Hahaa. Budak form 5 lain ada jugak kena gunting rambut dengan pengetua. Nasib budak kelas Wira takdak noh. Baguih :D Time teacher pun dah nak habis, teacher pun mai la dekat tempat akuu


Teacher : Zalikha kamu tolong sambung tulis ni sat na satgi. Kalau Cikgu Mashitah tak masuk lagi la
Me : Oh okayy
Aliff : Eyka anak murid kesayangan dia lagiiii. Hehehe *Sambil menyampuk
Teacher : Okay saya keluaq dulu, saya ada kelas ni lepas ni, kamu semua salin yang Zalikha tulis satgi *Sambil kalut kalut duk galas handbag
Budak budak laki : Baik teacher


Hiuh, dengan muka tebal ni laa, bangun p depan tulis. Mula mula Aliff dengan Nasrin laa, gatal nak tolong tulis jugak. Bila bagi malu pulak. Haih, gatal. Lebih dari perempuan. :p Time aku tulis tuu, macam macam depa duk perli. Adik teacher laa, cikgu praktikal laa. Hahaha. Tapi nasib laa depa ikut tulis jugak. Tak sembang. Heran jugak takdak cikgu depa tak sembang. Maybe aku ada ciri ciri jadi cikgu kot. Hahahha :D Classmates dah anggap macam adik kakak abang dah, macam mana takpaa. :) Then, naik la Cikgu Mashitah,

Cikgu : Ada cikgu ka ? *Sambil jenguk jenguk
Budak laki : Ada ada, cikgu praktikal. Hehehhee
Cikgu : Heheehe 


Aku pun balik lah tempat balik, Cikgu Mashitah. First mengajar kami, kira okay la jugak. Dia macam lembut ja tengok. Dah muka lawa, kecik tot pulak tu. Hahahaa. Lepas rehat, aku pun naik la kelas dengan beli bawak buku banyak banyak tu. Bukak bukak pencil case, ada chewing gum. Terkejut jugak macam mana tau favourite chewing gum aku ni. Ingat dari sapa. Kot kot la secret admire kan. Ehemm, hahaha. Tengok tengok, from FHA. Btw, thanks :) Last sekali, subject BM, Cikgu Hasnah. Dah la ajaq macam budak budak. Suruh buat surat kiriman tidak rasmi pasal apa taktau. Tulis dekat whiteboard, marker pulak takdak ink. Tunggu punya tunggu, ada jugak marker yang ada ink. Yang tu pun pinjam hat orang :D Lawak gila cara dia cakap, aku dengan geng geng belakang duk gelak jaa. Cakap suara macam sengaaauuu, lepastu bersambung sambung pulak. Mana kami nak faham cakap macamtu. Haha, last last tak buat lagutu la. Balik buat dekat rumah. Tapi nasib dia tak garang. Boleh la dari Cikgu Suhiza time Form4 tu. Hihi. Lepastu, mai la Cikgu apa nama taktau, lupa dah. Haa, Cikgu Yazid 


Cikgu : Tok tok tokkkk. Maaf ye. Saya nak jumpa dengan Ruzana, Amalina, Zalikha. Yang main bola baling tahun lepas


Yang Eyna duk heran awat nama dia kena panggil walaupun dia tak terpilih pun main haritu. Hahaha, alang alang menyeluk pekasam Eynaa. Hahaa. Haih, baru aku ingat this year tak mau main apa. Hockey dah aku surrender. Takut hitam. Tengok tengokk, this year bola baling jugakk, peringkat daerah pulak. Okay laa finee. Then, ada laa sapa taktauu, cakap dekat aku, dia tak penah nampak aku makan dekat sekolah. Heh, haa memang pun. Aku tak pernah makan dekat sekolah. Time rehat, just beli air mineral ja. Balik rumah, baru makan. Kalau lapaq la. Habit aku memang macam nii, dari form 1lagi. Mm, boleh kenyang tu sebab dari rumah sebelum pegi sekolah, air mineral minum satu gelas then kunyah chewing gum. Kalau pegi sekolah tanpa makan chewing gum, memang tak boleh duduk. I dont know why, dah memang habit macam ni :)