Mm, sekolah harini, okay jee kot. Sampai sampai sekolah tadi, letak baju sekolah dekat toilet then turun tunggu Eyna pulak ha dekat kerusi depan tu. Tunggu tunggu sat, Eyna pun dah maii. Haaa, dari situ lah mula story aku yang nak cita sangat dekat dia tu. Hehe, dekat tapak perhimpunan, rasa lain je sekarang. Taktau kenapaa :-\ Then, time first tadi, PJ haa, Cikgu Mahani pun dah ready siap pakai baju sukan haa. Tengok tengokkk, kami kena tolong dia angkat buku teks letak dalam bilik buku teks pulak. Okay la fine, kami pun p lah bilik dia yang dekat Koperasi tuu, angkat buku bawak naik bilik buku teks pulak dah. Haihh, budak kelas aku ada yang tak pakai baju PJ haa, last last kena p jumpa Cikgu Rosli. Nah hai :D Kami pun p padangg, kena lari 4 round ha satu padang tu. Aku, Muna, Laila and Eyna pun lari lah sampai 4 round. Kalih kalih belakangg, nahh. Budak budak kelas aku yang lain duduk belakang mana haala tuu. Depa baru 2 round dah stop. Haihh, takpaa jela. Lepas pusing satu padang pulakk, kami ambik bola main bola baling. Aku, Laila, Muna apa semua je yang aktif. Yang lain nuhhh, macam apa lagii. Badan gemuk sangat, tudiaa laa. Jadi mandom. Bengang lah jugak aku tadi ni, sabaq jeee. Naik naik kelass, sumpah dahaga gilaa. Aku dengan Eyna ni macam nak pengsan dah. Dah tak bawak air. Aku pun turun bilik guru mintak tolong dekat ustazah nak beli air dekat dalam peti sejuk tu haa, bukak bukak, air dah habis. Haduhhhh, kami pun dengan lemah ni naik atas balik. Muna pun tolong kami haa, dia bagi dekat kami air yang dia bawak haa. Legaaa haaa. Tapi still tak puas. Hahaa. Lepas tu, Science pulakk. Nak keluaq p salin baju tak boleh. Kena time rehat pulak dah. Time Science haa, boleh lah jugak. Aku duk focus haa tadi time teacher mengajaq. Tapi, gang gang belakang selalu ganggu aku. Sikit sikit panggil aku, aku terpaksa laa kalih. Time aku kalih tadii, teacher cakap aku sembang pulak. Padahal aku duk dengag kot teacher cakap. Gang belakang punya pasal, aku jugak jadi mangsa. Sabaaq lagi. Time teacher tadi, ramai jugak orang duk bsing. Tambah Yatie and Mieda pulak. Duk bergaduh. Pening aku. Gaduh pasai apa taktau. Time nak rehat, Mieda and Ifa haa, mai habaq dekat aku kata depa nak p bilik kaunseling lepas Math satgi. Macam macam haih, then rehat, aku dengan Eyna pun cepat cepat p toilet salin baju haa, lepas tuu terus p bilik guru hantaq kehadiran. Lepas tu, terus p Koperasi, beli mineral water haa, legaa gilaaa. Sejuk sejukk pulak tu. Pergh :D Loceng pun dah bunyi haa, time Math pulak. Macam biasa laa, still buat graph tu. Okay je ha. Then, BI. Teacher Heliza haa. Mm, okay la jugakk time diaa, tapi dari mula masuk sampai ke habis masa diaa, dia selalu duk tengok tengok aku. Tadi haa, dia duk teeengookkk aku. Lama haa, aku pun heran. Tengok dia balik, then sambung buat keja aku. Then dia cakap haaa
Teacher : You pakai mata apa ? Mata batu ?
Me : *Tengok dia, sambung buat kerja balik* Just buat dont know. Hahaa
Teacher : Mata elokk elokk, pakai mata lagi. Muka pun dah lawa. Kalau kena dengan Ustazah, taktau laa
Me : *Dalam hati ni duk kata, ustazah pun dah tau haih. Dia tak kata apa pun.*
Duk sat, dia pun tanya laa jawapan yang dia suruh buat latihan tu. Alhamdulillah, semua yang aku bagi jawapan, semuannya betul. Dia pun haa
Teacher : Haa, tak sia siaa mata lawa. Pandai haa. *Kenyeh*
Me : Er ? *Senyum je*
Tak habis habiss haaa, 3 kali kot dia duk perli aku macam tuu. Teguq sekali sudah laa, ni duk banyak banyak kali pasaipa. Lawak kot bila tengok muka diaa. Dia jadi serabut lagu mana taktau. Hahaha, nak kata aku bengang time dia tadi, dak pun. Sekadar dia teguq macam tuu, biasa jelah. Aku terima jelah. Takkan aku nak menjawab pulak kan. Sabaq lagi. :D Then, dia ada marah Pykah Izzati haa, sebab Pykah duk bersembang, Last lastt, dia pun p tempat Pykah. Dia tengok bawah meja haa. Aku rasa Pykah duk tengok bawah meja ja kot. Nasib Pykah pandai cover haa, kalau tak, habis laa phone dia. Duk bawak setiap hari, tak jadi apa apa takpa lah :D Yang aku ni pulak, cuak jugak time teacher check bawah meja dia tadi. Sebab, phone aku pun duk bawah meja je haa. Aku pun terus cepat cepat ambik letak dalam bag. Fiuhh, baru aku tau, pulun jugak teacher Heliza ni haaa. Tengok je macam sporting haaa. Duk duk sat, Cikgu Hayati pun mai ketuk pintu. Alhamdulillah lagi sekali. Sejarah takdak haa, dia ada mesyuarat haa. Habis kelas 12.50pm, tapi still keluaq dari sekolah pukul 1.20pm haa, lepas class p jumpa Cikgu Suhaida, duk bincang dengan dia pasal class tu. Homework, banyak lah jugak. Cuti seminggu. Takdak homework sajaa aa. Hahaa :D Esok waris kena mai sekolah pulak. Ada Hari Berjaya Waris pulak haa, takut nak suruh abah p sekolah. Haih, pikiaq 60 kali kot nak suruh abah mai ke tak taktau :D Lega haa, esok lepas rehat tak belajaq :D So, petang ni tak gaduh nak p sekolah, lega jugakk. Boleh rest haa, so, homework untuk harini belum buat. Nak buat lah satgi ni. :D