Sun, 27 March
Hahaha, nak tau maksud title di atas ? Haa, sila lah baca lagi ye. :) Okay, tadi ada perjumpaan. Aku Kelab Prostar haa, tunggu punya tunggu dekat luaq makmal tu, teacher Faridah tak mai lagi. Kami pun sambil tu duk usha usha lah kereta cikgu. Usha kereta Cikgu Mashitah, takdak pun. Dalam hati ni duk shiok dah ingat dia tak mai. Usha kereta Cikgu Hasnah pulak, ha takdak jugak ! Kelia ! Hahaha, masuk masuk dalam makmal, nahhh. Cikgu Mashitah duk ada elok ja dalam tu. Hahaha, dia p letak kereta kot ceqok mana taktau. Ha takpala, dalam makmal tadi, dia duk tunjuk video dekat You Tube, pasal akibat dadah and rokok. Macam macam video tadi cikgu tunjuk. Best semuanya and semua dah pernah tengok. Ala, iklan dalam TV je semua tu. Ada satu iklan tu, yang last sekali, mak dia cakap dekat anak dia, don't break my heart. Depa semua pakat duk gelak hindu tu kata, yang aku pun tiru lah hindu tu cakap, kawan kawan aku cakap suara aku semacam dengan hindu tu. Hahaha, kalau nak dengaq, nanti jumpa aku, suruh aku kata macamtu. Hahaha, then, habis jugak tadi, first tadi time BM. Cikgu masuk relief, apa nama cek taktau, time tu kami buat lah homework yang tak siap lagi, dah habis buat homework, aku, Mieda and Aslam duk buat duit jadi love. Banyak kali kot buat tak jadi last last jadi jugak. And, love tu aku bagi dekat someone :) Then, Perd pulak lepastuu, buat latihan. Harini Cikgu Roslina tak merajuk pulak haha. Lepastu rehatttt, mula mula p kantin dulu, then patah balik p Ko'op, terserempak dengan Zizah and Fana, haa sembang sat dengan depa. Then, Anwar panggil pulak. Dia cakap, tadi Kelab Photography tadi cikgu tunjuk gambaq yang p Langkawi haritu. Haa, dia duk suruh aku p Kelab Photography jugak. Ih, tengok lah macam mana. Kalau minggu depan ada, aku p noh. Lepastuu, aku, Eyna, E, ehemmm. Hehee dengan Eykah, jalan sekali p kantin pulak. Haram takdak apa, kot lah ada chocolate takpa gak -.- Then, time rehat tadi ada perjumpaan Kadet Polis yang dapat p menembak. Tak sangka pulak aku dapat p menembak. Hehe, masuk lewat 15min kot tadi, cikgu bagi latihan haa tadi, kami pun buat lah sementara cikgu duk semak buku. Last sekali, Math. Alhamdulillah dapat masuk otak harini. Habis buat latihan, aku dengan Eyna duk buat urutan free. Ha, jangan pikiaq kot lain sudah. Hahaa, Eyna dia sakit lengan, pasai dia jatuh moto dekat Ilmu Baru kelmarin. Yang aku, sakit pinggang and tangan. Pasai, main badminton kelmarin tu lah. Haih -.- Hehee, satgi ada rumah sukan pulak ni. Haih, nak balik rumah taman, abah tak bawak balik moto p sana pun ! Ih, hmmm, takpala. Nak mandi manda, byee