Hello March

Yea, harini dah masuk bulan March. Cepat masa berlalu, bulan 8 dah trial SPM :( Hm, okay. Pagi tadi ada bacaan yassin. Memang dah tau dari kelmarin. Thats why aku tak pakai uniform tadi. Time nak pakai kasut tadi, Fatin Shamimie and Ainun kena dengan cikgu. Sebab, depa tak bukak kasut. Hihi, kesian pulak dekat depa. Hm okay. First tadi, BM. Okay je haa, macam biasa la time BM. Lepas tu, Sastera pulak. Gila babi uh. Banyak gila kena salin tadi. Sinopsis je pun, sampai dua muka surat. Pergh, satu kelas pakat lenguh tangan. Aku serpa nak buat mogok je tadi haha. Rasa lama gila tadi time Sastera tu. Tengok tengok, tadi rehat pukul 10. Kalau rehat pukul 10, aku mesti keluaq kelas pukul 1.20. Yang teacher cakap kelmarin pukul 1.50. Aduh, takpala, time rehat okay jee, tak bergelak sangat. Not in mood. -.- Then, time PI pulak. Tengok tengok Ustazah baru nak naik tangga. Aku cepat cepat lari masuk kelas. Duk duk sat, Ustazah panggil aku. Cuak lah sat. Tengok tengok,


Ustazah : Zalikha, p ambik pembaris panjang atas meja ustazah


Okay fine, aku pun p lah turun p ambik. Ingatkan pasaipa. Fiuh -.- Naik naik tuu, sapa yang naik kelas lambat kena tibai paha dengan Ustazah. Tak kira laki atau perempuan. Haha nasib aku naik awal oh. Lepastu, BI pulak. Okay jugakk, last sekali, Science ! Ha tudia, nasib satu masa je tadi, teacher Faridah bukan main jerit lah tadi, sakit telinga kami woo. Entah kenapa time last tadi, kelas jadi serabut. Sekali dengan aku aku serabut hahaa. Then, dah boleh balik ha, Alhamdulillah, keluaq keluaq, my lovely grandpa dah ada dekat luaq. Nasib mai awal. :'D Kena balik rumah Taman lah tadi, ada perjumpaan kadet Polis pulak tadi, pukul 4 aku keluaq rumah ha, p topup dulu, then p rumah Huda. Sampai sekolah dalam pukul 4.20 haa. Sikit gila yang mai tadi. Form 5 lima orang je ha, form 4 takdak langsung ! Nasib form 3, boleh laa, ramai lah jugakk. Tadi tak berlatih kawad haa, Cikgu Roslina buat apa taktau. Dia tulis dalam surat, tulis arahan kawad. Then, kena buat 1 group 9 orang. Aku jadi ketua dalam group satu ni haaa, kena bagi arahan kawad baq hang, kena jerit bagi kuat. Sakit anak anak tekak dah ni, "Skuaaddd ! Menghadap ke hadapan, belakang pusing" Pergh, bukan kena cakap satu kali jaa, berpuluh puluh kali kena bagi arahan nuh. Ada lagi la group group lain bagi arahan jugak. Asing asing lah semua. Nak katakan, suara kami lah yang duk jerit jerit dekat padang nuh. Nanti kami kena buat apa pulak taktau. Mieda nak bagi arahan lagi banyak dekat aku. Jenuhhhh :'( Okay, pukul 6 kami dah boleh balik, p lah Pantai Johor dulu, beli air dengan Mieda apa, haus beb ! Duk jerit jerit tadi nuh. Jangan esok takdak suara cukup laaa. Okay, tunggu sat dekat rumah, kakak aku dah mai ambik. Sampai sampai rumah Anak Bukit ni, kalut masuk bilik mandi apa semua. Pukul 8 kena p tuition pulak. First day tadi weh tuition situ hahaha. Tunggu Eyna sat, tepat pukul 7.25 Eyna sampai, tunggu lah abah aku sembahyang pulak. Duk duk sat, Ifa call aku pulak. Suruh p ambik dia dekat rumah sebab ayah dia tak boleh p hantaq haa, okay. Aku macam mana takpa. Kami pun p lah ambik Ifa pulak lepastu, sampai sampai tuition, haaa, aku dengan Ifa p hantaq bag dekat atas, and Eyna pulak p teman Iqbal, boyfriend dia dengan Akmal Hakim(Bun) p pejabat tuition tuu, tunggu orang baru nak mai, tengok tengok masuk Naim Hamzi, eheemmmm :D dengan gang gang dia haa. Sempat lah senyum sat. Hahaa, okay, tak berapa faham sangat cikgu tu ajaq, sebab, dalam kelas tu too crowded la, dengan budak belakang aku dengan Eyna ni macam pungkoq. Kata cikgu tuition Math tadi, "Jangan layan depa, cikgu jumpa depa haritu ni dekat City Plaza, awek banyak ni. " Hehe, kami takkan layan eh. Hahaa, tapi budak budak lelaki dalam kelas tadi, sumpah sporting. Slumber je semua. Ramai jugak aku kenal dalam kelas tadi haa, budak Malik pun ramai. Termasuk Rabbani, ;') Aku, Nadia, Eyna and Ifa bukan belajaq sangat pun tadi, duk bersembang, bergelak semua ada. Kelas bising juak tadi, best tu bestt. :'D Hmm. Bun ajak aku ambik subject BM, so okay laa. Aku ambik eh. So, Ahad, Isnin, Selasa and Sabtu tuition. Jenuhhhhhh, duk duk sat, tengok tengokkk, laahh. Dah pukul 9.30. Rasa sat gilaaa, hahaha. Keluaq keluaq dari kelas tuu, kelas lain pun pakat duk keluaq. Jadi sesak tadi weh. Ramai jugak budak budak handsome :'D Sumpah sesak gila tadi, dengan budak darjah 3 laa pun ada. Hahaha, sembang sembang sat dengan kawan kawan aku, termasuk Naim haa, then, parents aku dah ambik. On the way nak balik rumah tuu, bergelak lagi dalam kereta. Hahaha, then p hantaq Ifa, terus balik rumah. Eyna pun start moto balik haaa, masuk masuk dalam rumah, kalut pasal sekolah esok ni pulak. Nasib baju sekolah dah ada orang iron. So aku just nak study je. Sumpah tansion wehhh, esok 4 subject. PI, SJ, BI and BM. Ya Allah, semua tu kena study. Dah lah tak cukup masa :'( So dah pukul 11.20, nak study. :-\