Keletihan melanda diri

Thurs, 31 March


Ahaaa, ni nak cerita pasal kelmarin. Disebabkan aku tidoq awal semalam, tak dapat lah aku nak update blog semalam. Kelmarin, sementara tunggu kawan kawan aku sampai sekolah, p lah sembang dengan Eyza and Eykah :) Sembang p sembang mai, aku pun p dekat bangku depan tu, Eyna pun dah nak p beratuq, depa ada perhimpunan rasmi kelmarin disebabkan Cikgu Suhiza nak pindah. Haaa, tunggu sat, cikgu pun bagi satu raga roti, and air mineral. Duk berapa minit, truck polis pun sampai haa. Cikgu Roslina naik kereta dengan Cikgu Aisyah ha. Pergh, p sampai Pendang. Pak cik polis tu bawak bukan main lajuuuuuuu, terbang habis ni tudung tudung kami. Sumpah lawak :D Yang Mieda jadi mak kami, tolong buatkan kami roti. Hahahaha, nak cakap pun, tak boleh, senget habis ni mulut mulut nak cakap. Fuhhh, sampai sampai Pendang, pakcik polis tu taktau jalan nak p Lapang Sasar pulak dah. Mampuih. Jenuh kami duk pusing patah balik banyak kali. Hahaha, sesat pulak tu. Terpaksa lah tanya orang duk dekat kampung kampung tuu. Akhirnyaaa, sampai jugak. Jalan nak masuk Lapang Sasar, kecik nak mampus kot, dia macam atas bukit sikit. Macam jalan kampung je. Kona sana, kona sini, tapi nyaman je hehee :) Sampai sampai tuu, letak barang apa semua, tunggu semua sekolah mai, kami pun berbaris. Kawad sikit, then, ikut line haa sebelum menembak tu. Detail 1, semua ada 12 orang. Yang first sekali Detail 1 tu, Mieda and Pykah Sani. Yang aku Detail 2, kena baratuq siap siap dekat bawah tu. Duk sat, poom poom poom ! Bengang telinga kami duk dekat bawah tu. Habis peluru peluru yang depa tembak ada yang jatuh bawah. Duk sat, dah habis turn depa, turn Detail 2 pulak. Ya Allah, ketaq nak mampus. Aku, Hazirah, and Pak lah Detail 2. Sumpah takut. Kena dengaq lah arahan depa, apa yang depa cakap, kita buat la. Aku numb 6 ha. Duk sat, dengaq Tuan Polis cakap, turun dan isikan peluru, haa yang kami pun turun isi peluru. Then buat buat apa semua, pakai yang telinga tuu, kalau tak pakai jenuh pekak aku. Then dengaq arahan boleh tembak, aku pun tembak lah, tembak 3 kali, tengok tengok senapang aku problem. Dia stuck. Ha tudia, abang polis tu pun mai tolong aku, peluru problems pulak dah. Yang depa yang lain duk pooom poom poom dah. Duk sat dah boleh dah haa, aku sorang je belum habis lagi. Disebabkan peluru tu ah ! Cering kot habis last haha. Then, dengaq arahan, kena lari p tenogk kertas yang kita target tu. Sampai sampai, haremm, satu pa takdak. Kena lari haaa, pergh penatttt. Duk sat, baru aku teringat ! Aku tersalah target papan. Aku p target papan orang lainnnnnnnn :( Sumpah sedih gila babi. Macam nak nangis oh. Tapi takpaaa, asalkan aku ada pengalaman pegang M16 and p menembak :') Sumpah sakit ni bahu. Hmm, ramai gak gang p menembak tu tak kena target. Sementara tunggu 290 orang habis menembak, kami pun tidoq laa, ambik gambaq la, semua ada kat kami. Nasib hari tak hujann, kalau hujan laa, taktau la nak habaq macam mana. Nak duduk dekat mana pun taktau. Duk sat, nasik pun sampai. Cikgu cakap sorang dua bungkus. Tunggu lagi. Sumpah perut lapaq hahaha. Lepas semua habis menembak, turn cikgu cikgu pulak menembak hahaa. Cikgu Roslina je yang tembak. Dari pukul 9.30 sampai pukul 2.30 kami duk dekat situ. Dah habis semua tuu, kami pun kena beratuq balik, kawad sikittt, kena berjemuq tengah panas pulak tu. Haduhhh, Alhamdulillah, Sekolah Tunku Malik, platun perempuan dapat numb 1 ! Yesh ! Heehe, lepastu, kami kena angkat sumpah pulak. Angkat sumpah sebab takkan ada sapa sapa yang bawak balik peluru. Sebelum angkat sumpah, abang abang polis tu suruh mengaku and bagi balik peluru yang depa ambil. Budak lelaki ramai kot yang ambik, perghh, satu genggam pun ada. Lepastu, kena buat spotcheck. Sampai dalam dalam bag pun depa check. Takut ada yang tak mau mengaku. Lepastu, baru kami angkat sumpah and blablablaa. Undang undang, memang macamtu. Tak boleh ambik peluru. Duk sat, dah boleh balik, alhamdulillah gilaaaa, duk sat, Sekolah Asma tumpang truck kami ha. Sebab, bus depa tak boleh masuk dengan jalan yang kecik tu. So terpaksa lah bagi depa tumpang sampai luaq jalan kecik tuu. Sampai dekat luaq tu, haram sekoq pun tak cakap Terima Kasih. Macam harem gilaa, sombong nak mampuih sekolah Asma tu ! Pikiaq hampa baguih dah kot. Errrr >:( Dah bagi tumpang besaq rahmat dah ! Mentang mentang la hampa naik bus ada air cond. Eleh, pikiaq kami heran. Naik truck lagi best. Ada pengalaman ! Bajet je hampa semua tu. Tuih ! Ha tudia, dekat highway tu yang cuak tu. Terbang habis ni tudung tudungg, hahaha. Macam besa la pak cik tu. Bawak serpa gaduh dengan bini hahaha. Yang aku, Pykah, Yatie and Mieda duk ngarut kami la. Yang depa yang lain, ngoroh habis hahaa. Sampai jugak haa sekolah. Dalam pukul 3.30 centu aa. Petang tu ada bola baling pulak dah. Haduh, tengok jam dah pukul 3.40. Pukul 4 kena p sekolah pulak. Nak balik Anak Bukit pun tak sempat dah. So aku jalan balik rumah taman la dengan Mieda and Ib. Sampai sampai rumah, nak mandi pun tak sempatt :( Cuma salin seluaq track and baju PJ je. Hmm, sumpah letih gilaaaa :( Duk sat Eyna pun mai rumah aku. Pederas naik moto p sekolah lah. Haduh, duk sat, gang gang bola baling pun mai semuaa. Kena main dalam taik lembu lagi hahaa. Aku main dalam 1 min je kot. Sumpah tak larat, takdak energy dah. Tidoq lah sat dekat bulatan tu dalam 15min. Hehee, then aku main balik. Best baq hang main kelmarin hehee. Lawak nak mampus main dengan gang form 3 and form 4 tu. Hari ahad ni baru cikgu habaq pemilihan tu haa. Kecut gak tapi cikgu cakap, yang player last year, wajib masuk tahun ni. Haaa taktau laa. Habis habis tuu, aku terus start moto balik, tak larat gilaaaa kot. Tak sabaq nak mandi ja. Sampai sampai rumah Anak Bukit, haaa tuju toilet terus mandi haaha. Lega gilaaa dapat mandi :D Tapi, lenguh satu badan :( Ingat Jumaat nak keluaq dengan gang photography tapi tak kesampaian sebab aku letih, banyak homework. Nak buat sabtu tak boleh. Aku ada traning badminton pulak. Nak buat time bila lagi kalau aku keluaq harini. So, tak keluaq la harini. Nak kata sedih tuu, boleh lah tahan. Folio Seni ni Cikgu Rahman suruh hantaq ahad ni. Haram satu pa tak buat lagiiiiiiii, haduh. Tansion ! Semalam aku tidoq awal gilaaaa, pukul 9.30  ha tidoq dah ! Hehe, tak pernah tidoq awal ni. Letih masalahnya :D