Weds, 23 March

Okay, time dekat tapak perhimpunan tadi, duk sat E bagi dua surat dekat aku. Heran jugak surat apa. Okay, bukak bukak, ada tertulis,


No boys,
No cry,
No angry,
No sin, 
No son.


Kawan itu teman,
Teman itu sejati,
Sejati itu setia,
Setia itu janji.


Here I am sitting in a,
beautiful place,
Sun is shining in
my heart.


Janji tau, 
Apa apa pun berlaku,
Walaupun berpisah beribu batu,
Kita tetap saling menyayangi antara satu sama lain.


Jangan bercinta jikalau tak setia,
Jangan ucapkan sayang jikalau hati terpaksa,
Jangan merindui bila hati dah benci,
Jangan bohong bila hati dah ada pengganti.


Disaat, ku memerlukan kasih dan cintamu,
Buat terakhir, kalinya dalam hidupku,
Kau tiada disisiku,
Ku merasakan rindu sangat sangat kepadamu.


Andai terjadi perpisahan,
Kau ukirlah pertemuan,
Andai kau dan aku adalah satu,
Aku berani mengatakan I Love You :)


Sinar cintaku, hanya satu.
Ku telah berjanji, ku takkan mengkianatimu,
Wajah melukis, rahsia hati, keteguhan cintaku,
Pastikan milikku, cinta yang bersemi,
Hingga akhir hayat ini


No boyfriend,
No cry,
No sis, 
I die !


Kata Eyna, "Senyum sampai ke telinga bila baca" Hehehe :D First tadi time PJ. Sumpah boring nak mampus time PJ tadi, kena buat segak tu lah tak habis habis. Boring. Tambah Cikgu Mahani pulak, uhhhh. Lepastu, Science pulak, awat teacher naik lambat je, finelah sementara tunggu tu aku buat lah Math. Duk sat, Ikin bagi kertas latihan dekat aku, teacher Faridah tak masuk ha. Dia suruh buat latihan ni. Fuh, lega kot dia tak masuk. Hahaha, dia ada mesyuarat ha, dia kan guru kelas tahun lepas. Takpala, masuk cikgu masuk relief tadi haa, buat lah latihan Science tu, then, kalut buat Math pulakk. Dah habis buat semua tuu, aku dengan Eyna pun turun p toilet salin baju. Salin salin, gelak gelak haa dah habis hahaha. Then, naik kelas pulak. Duk satt, dah rehat haa. First tu p kantin dulu lah, macam biasa haa. Gelak gelak, sembang sembang p ko'op pulak. Tu jelah kerja kami hahaha. Then, terjumpa dengan Fatin, Yusrina and Nadiya. Sembang lah sat dekat tengah tapak perhimpunan tu. Kena muah sekali dengan Nadiya. Adeh :-\ Aku pun lepastu terus naik kelas, time Math pulak ha. Sementara cikgu tak masuk lagi, kami duk usha usha dulu lah dekat tepi tingkap tu. Duk tengok gang gang tu mai ambik result. Mai Cikgu Mashitah masuk haa, setengah gang budak perempuan kena denda tadi ha, ketuk ketampi, pasal tak hantaq buku latihan. Yang budak lelaki semua terus. Hahaa, masuk bab baru ha tadi, boleh tahan, tak susah sangat. Then, BI pulak, teacher Heliza tak masuk tadi. Syok tu adajugak, tapi, tak syok pun ada, pasal BI time teacher Heliza best :) Nevermind lah, aku, dengan gang gang lain pun duk jenguk jenguk, kacau kakak kakak and abang abang tahun lepas nuh. Macam macam pakaian depa, ada yang pakai kain labuh nuh, tapi jarang la, kain terbelah laa, nampak habis juboq toik depa. Hahahaha. Macam macam karenah. Tak larat nak gelak :D Then, last sekali Sejarah. Satu masa. Ingatkan cikgu tak masuk, tengok tengok dia naik jugak, dah lah time tu kami duk kacau adik adik form 2 yang belemoih tu dari atas :D Sumpah belemoih gila depa, geli aku tengok. Kami pun masuk laa, dalam kelas ada 10 orang je kot. Hehee, last last cikgu bagi kertas suruh balik buat dekat rumah. Lega haaa, :) Hm, sikit je cerita pasal harini. Sumpah tak dak mood nak type. Happy ada, sedih ada, semuanya ada kot. 


*Thanks a lot my dear. Now I understand :')